Kajian Sains Seni Bela Diri

Anda pernah belajar seni bela diri?

Lebih kurang tahun 2008, waktu tu admin masih seorang pelajar undergraduate, National Geographic telah menerbitkan satu siri kajian mengenai seni bela diri dan sains iaitu Fight Science.

Dah admin pun ada belajar silat, dan dari latar belakang sains, memang admin minat sungguh dokumentari ni.

Siri yang diterbitkan selama 3 musim ini melibatkan kerjasama antara para saintis profesional dan pengamal pelbagai jenis seni bela diri antarabangsa untuk mengkaji keberkesanan dan kecekapan sesuatu pergerakan seni bela diri.

Antaranya, mereka telah mengkaji teknik tumbukan manakah yang paling kuat, sepakan yang paling laju, dan kebenaran mitos kelicikan ninja, menggunakan peralatan dan teknik analisa yang canggih.

Antara pengamal seni bela diri yang pernah muncul dalam rancangan ini adalah Randy Couture (bekas atlit MMA, pelakon filem The Expendables) dan Dan Inosanto (rakan pelatih mendiang Bruce Lee).

Secara asasnya, analisis yang telah dijalankan melalui siri Fight Science ini menggunakan teknik perakam gerakan (motion capture).

Kebiasaannya, analisa perakam gerakan memerlukan subjek memakai sut perakam gerakan untuk merakam pergerakan objek atau manusia.

Sensor daya juga digunakan untuk merekod kekuatan tumbukan atau sepakan pengamal sesuatu seni bela diri.

Sedikit sedutan dari siri ini boleh anda saksikan melalui video Youtube ini.

Menarik bukan kajian ini?

Namun begitu, kajian sains terhadap seni bela diri yang amat sinonim di Malaysia iaitu silat masih kurang.

Adakah silat tidak relevan dengan sains?

Atau, adakah silat tidak boleh dikaji secara saintifik?

Apakah pendapat anda dalam hal ini? Berikan komen anda semua.

Kami amat berbesar hati untuk melayani komen-komen anda semua.

Scroll to Top