Penulisan Kertas Kerja Akademik Bahagian 3

Di dalam Bahagian 2, kita telah membincangkan perihal persoalan kajian, iaitu perincian masalah yang ingin anda kaji dan selesaikan melalui kaedah penyelidikan yang dibentangkan dalam bentuk soalan.

Namun begitu, apakah ciri-ciri sebuah persoalan kajian yang baik?

Pertama, ianya mestilah khusus dan terperinci, bukan sekadar mengenal pasti bidang kajian secara umum.

Kebiasaannya, ia boleh dijelaskan melalui hubung kait antara pemboleh ubah X dan Y di dalam populasi Z.

Mari kita lihat contoh persoalan kajian berikut; “Bagaimanakah perbezaan kandungan lembapan di dalam produk sisa pertanian yang mempunyai kandungan lignin yang rendah mempengaruhi kualiti bahan bakar yang terhasil?”

Persoalan kajian ini mengaitkan pemboleh ubah ‘kandungan lembapan’ dan ‘kandungan lignin’ dalam populasi ‘sisa pertanian’ dan kesannya terhadap masalah yang ingin diselesaikan iaitu ‘kualiti bahan bakar’.

Seterusnya, sebuah persoalan kajian yang baik juga mestilah mempunyai keaslian (novelty).

Tidak semestinya kajian anda adalah kajian yang benar-benar baru dan tiada siapa pun yang pernah buat.

Tapi ianya mestilah kesinambungan daripada kajian-kajian yang telah dilakukan dan menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan itu sendiri, tidak kiralah sama ada ianya menyokong atau membantah kajian terdahulu yang kita rujuk.

Dan yang terakhir, persoalan kajian tersebut mestilah mampu untuk menarik minat para pengkaji lain dalam bidang kajian yang sama. Pastikan ianya mengikut trend terkini dan tidak ketinggalan zaman.

Demikianlah beberapa ciri-ciri persoalan kajian yang baik yang dapat kami kongsikan kepada anda. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Bolehkah anda tambah lagi ciri-ciri ini berdasarkan pengalaman anda?

Kongsikannya bersama kami di ruangan komen.

Kami amat berbesar hati untuk melayani komen-komen anda.

Sehingga kita bertemu lagi di hantaran yang akan datang! Jangan lupa ikuti hantaran kami, supaya anda tidak ketinggalan sebarang makluman dari kami.

Baca semula Siri Penulisan Kertas Kerja Akademik yang telah diterbitkan;

>> Bahagian 1

>> Bahagian 2

Scroll to Top